Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dari Afrika dengan Kasih Sayang, Bahagian 10 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di sini, Mahaguru Ching Hai renungkan khidmat tak mementingkan diri dan ketabahan di tengah-tengah kekecewaan, menggabungkan kebijaksanaan dan gelak ketawa dalam perpisahan yang mengharukan.

Kebanyakan orang yang datang untuk amalan spiritual sudah cukup menahan dunia ini. Oleh itu, kita tak boleh menyalahkan mereka tidak membuat kerja. Tetapi sebenarnya mereka berhak untuk tidak melakukannya kerana itu tak mengapa juga. Tetapi malangnya jika kita ada syarikat seperti kita yang perlu pergi ke sana sini untuk dunia, maka mereka terpaksa bekerja juga. Tetapi kami tidak bekerja macam itu.

Kami bekerja secara berbeza. Jadi seperti kamu dan kumpulanmu – kamu mengusahakan tanah, bantu dalam pertanian dan sebagainya – dan kami hanya mengusahakan ladang spiritual dan ‘membajak’ orang. Kami menyemaikan benih pengetahuan. (Ya.) Jadi sebenarnya kami sejenis petani juga. Kami menanam sifat baik dalam diri orang dan benih spiritual untuk generasi akan datang. Oleh itu, saya bukanlah pakar dalam semua perkara yang kamu katakan ini. Tetapi kami ada anak murid yang tahu akan sesetengah perkara. Saya berfikir mungkin dengan menggali perigi dan seumpamanya, mungkin kami dapat bantu.

Kami akan lihat apa yang perlu dan apa yg boleh kami buat atau pergi ke sana. Jika tidak, kumpulan kamu jauh lebih ghairah daripada kumpulan kami. Kamu ada banyak rancangan. Kamu nak lakukan ini dan itu dan kerja lain. Kami tiada rancangan, huh? Kami kelihatan macam kumpulan malas.

Memang, saya hanya buat apa yg diminta dan tiada keterujaan dengan rancangan ini dan yang lain. Saya tak tahu akan perasaan ini. Jadi kadangkala apabila saya lihat kumpulan orang sebegini seperti kamu, saya terasa macam saya tidak sejajar, tidak sesuai – kerana saya tak pernah ada keghairahan untuk membuat apa-apa pun. Saya datang ke sini hanya kerana saya diminta untuk datang, atau secara sampingan. Saya datang disebabkan oleh pameran seni – lukisan saya – seperti yang diminta, saya datang. Kemudian secara sampingan, ada senarai tunggu yang panjang dari negara-negara yang berlainan untuk lawatan saya, jadi saya datang secara sampingan kerana dekat dengan Eropah, jadi saya datang. Itu saja.

Dan saya pergi, contohnya, ke Amerika secara sengaja kerana seseorang mengatur pertemuan dengan Presiden Amerika untuk sesuatu. (Ya.) Tetapi malangnya pada saat-saat akhir, itu tak dapat diadakan kerana beliau begitu sibuk dengan rundingan dengan Rusia, bantuan kepada Rusia dan sebagainya, jadi dah tentu, itu penting. Memandangkan saya pergi ke Amerika, kawasan sekitar termasuk juga.

Jadi sekarang Afrika juga – dah beberapa tahun saya diundang beberapa kali oleh anak murid di sana tetapi saya tak pernah pertimbangkannya kerana kami tiada anak murid yang mencukupi di sana, dan saya berfikir, “Afrika – oh, jauhnya!” Ia hanya wujud dalam cerita Seribu Satu Malam tetapi saya tak pernah tahu sama ada ia wujud dan sebagainya.

Jadi mungkin disebabkan oleh Gurumu, saya akan pergi ke sana sekurang-kurangnya sekali. Jika tidak, mana tahu bila saya akan menjagakan diri dan bawa badan saya ke sana. Jadi kamu faham maksud saya? Perbezaan antara kumpulan kamu dan kumpulan kami? Kamu tak boleh menyalahkan kumpulan pelajar kami atas bersikap ‘malas’. Jadi nasib baik kamu ada seorang Guru yang sangat aktif. Apabila kita dengar suara-Nya, Beliau sangat ghairah, penuh bersemangat dan bertenaga.

(Ada juga, katakan, keperluan untuk melakukan itu kerana di yayasan kami, kami berpusat di kawasan desa. Contohnya, kita ada pusat perubatan tetapi kita panggilnya hospital.) Faham. (Tetapi saya rasa 40 atau 50 kilometer di sekeliling tiada hospital sebegini.) Oh! Saya faham. (Kami bantu bukan sahaja ahli-ahli (Ya, ya.) yayasan kami tetapi juga bantu orang di sekeliling.) Faham. (Ya, seperti sekolah – kami ada sekolah juga. Jadi kami wajib menjalankan sosio-aktiviti ini.) Faham.

Tetapi tiada penghujung kepada pembangunan di dunia ini. (Ya.) Bukan sahaja di Afrika – bercakap tentang negara lain seperti Âu Lạc (Vietnam) atau Filipina pun – oh, mereka penuh dengan perkara perlu yang harus kita lakukan. Kadangkala apabila kita lihat seluruh masalah di dunia ini, kita gelengkan kepala. Kita tak tahu di mana nak mulakan dan bila kita akan selesai. (Ya.) Kadangkala wang bercurah masuk. Sama seperti kamu – setitis air di atas pasir panas.

Saya memikirkan dunia ini kerana mereka jahil. Sebab itulah mereka hidup dalam keadaan sebegini. Jika mereka semua bermakrifat, dunia akan menjadi syurga. (Ya.) Ini visi saya kerana saya tahu akannya. Saya tahu sangat tetapi cuma orang di dunia tidak mempercayainya. Oleh itu, saya perlu bersabar, buat apa yang boleh, apa yang saya diminta mengikut ketahanan fizikal dan keupayaan mental saya.

Apabila saya lihat kekucar-kaciran di seluruh dunia dan bagaimana orang jalani kehidupan mereka – tak tahu akan khazanah yang mereka miliki di dalam dan begitu banyak menderita akibat kesedihan ilusi dunia ini – saya gelengkan kepala. Saya berfikir kerja saya takkan berakhir dan tak dapat buat dengan secukupnya, dari segi rohani pun. Jadi apabila kami pergi ke sana sini dalam lawatan, kami habiskan begitu banyak masa, wang, kesihatan fizikal dan stamina untuk itu tetapi berapa banyak orang akan benar-benar endahkan seruan ikhlas kami? (Ya.) Guru perlu ikhlas, bukan anak murid. Hari ini, sukar nak cari anak murid yang ikhlas.

Guru mestilah orang yang paling ikhlas. Saya rasa saya sangat ikhlas dan telah buat sebaik yang boleh. Saya tak boleh kata saya lakukannya sepanjang masa. Kadangkala kita berasa tawar hati dan rasa ia takkan berakhir. Takkan berakhir. Kita terasa macam apa-apa pun yang kita buat, meskipun cuba sedaya upaya, itu hanyalah setitis air di gurun. Kadangkala kita berasa tawar hati tetapi tetap teruskan dan buat apa-apa yang boleh di sudut itu. Mungkin lebih baik drpd tidak sama sekali Itu apa yang saya rasa. Kamu faham? (Ya.)

Oleh itu, saya tiada keghairahan di permulaan misi saya pun. Saya buat kerja saja. Saya buat kerja saja apabila ada, apabila diperlukan tetapi saya tiada keghairahan. Walaupun kamu lihat saya pergi ke seluruh dunia, namun itu bukan daripada keghairahan. Saya lakukannya hanya seperti kamu bernafas, agaknya, atau kita perlu mandi apabila terlalu banyak berpeluh, dan tukar pakaian lepas seketika.

Apabila saya temu dgn banyak kumpulan seperti kumpulan kamu atau orang lain, dengar idea-idea hebat untuk mengubah dunia dan lakukan itu, lakukan ini, saya berasa malu sikit dan rasa tidak sesuai, macam sayalah orang yang tidak memikirkan dunia, tidak buat apa-apa pun untuk dunia. Tiada keghairahan. Mungkin itu sifat yang saya kekurangan. Orang seperti kamu harus ada.

Okey, saya takkan buat kamu terlalu lama berada di sini. Kamu telah menyampaikan mesejmu, kemudian kami akan lihat apa yang boleh kami buat. Okey? Di mana-mana pun orang mahu kami buat sesuatu. Mereka sentiasa datang kepada saya. Saya rasa orang harus sedar bahawa yang sama saling menarik tetapi sentiasanya orang yang paling ikhlas dan ghairah datang kepada saya dan saya rasa tak berdaya, rasa bersimpati dengan mereka kerana kadangkala mereka datang kepada teman yang ‘tak betul’. Ya.

Bagaimana perasaanmu? Kamu masuki suasana sebegini, jadi kamu duduk di sini selama byk jam, bersabar, dengar segala gurauan saya, itu saja, jadi kamu mesti tahu akan saya. Sebab itulah kebanyakan Guru ialah lelaki. Tuhan tahu. Tuhan tahu bahawa lelaki lebih agresif, lebih ghairah, lebih suka bergaul dan bercita-cita. Kami wanita bersifat pasif. Tak apa. Kami akan lihat apa yg boleh kami buat. Jadi kamu pilih apa yang kamu mahu – hanya ambil apa-apa yang kamu mahu.

Sesiapa yang suka pergi bersama kamu, dialu-alukan – semuanya berhijrah ke Afrika dan tinggalkan saya sendirian. Saya akan baik-baik saja. Ya, itu akan menjadi hari saya meraikannya. Pisang yang dikukus sepenuhnya. Ya Tuhan! Sesiapa nak pergi ke Afrika? Mungkin (…), dia penuh dengan bakat. (O ya!) Dia dapat buat apa-apa saja. (Ya.) Dia dapat ‘grow (tanam)’ segalanya. Nampak tak bagaimana dia ‘grow (menyimpan)’ janggut? Mengetawai kamu sekali lagi. Tiada orang lain yang ada janggut ini di sekeliling, jadi...

Baiklah, jumpa lagi esok. Kamu ada banyak kerja untuk dibuat atau tidak? (Ya.) Ya? Masih ada? Bukankah semuanya telah diberikan kepada orang? (Hampir.) (Mereka kata dah hampir selesai.) (Hampir selesai.) Hampir selesai, bagus. Okey, jumpa lagi esok. Itu saja! Dah terlalu lewat. Dah terlalu lewat dan sekarang kami buat kamu berada di sini dgn terlalu lama. Di Afrika, kamu tidur lebih awal, kan? (Di yayasan, tidak.) Tidak? Pukul 2 pagi? (Hari ini, tapi bergantunglah.) Ya, bergantung kepada keadaan. (Tapi biasanya waktu tidur adalah sekitar pukul 10 malam.) Wau, itu waktu terbaik! Ya, di pusat kami juga. Tetapi saya tidak tidur sebelum pukul 10 pagi. Dahsyatnya. Saya hanya tidur kira-kira satu jam setengah atau dua malam saja malam semalam. Sentiasa bekerja dan bercakap. Jadi baiklah, saya akan jumpa dgn kamu esok di khutbah, mungkin.

Semoga kamu seronok menginap di sini. Selamat malam. (Selamat malam.) Selamat malam. Semoga seronok inap di sini malam ini. (Semoga tidur lena dan bermimpi manis!) Semoga bermimpi manis! Ya. Baiklah, saudara. Terima kasih atas kedatanganmu dan mesej penuh kasih sayang daripada Gurumu. Jika pada masa depan kami boleh buat apa-apa, maka kamu akan bertuah. (Pasti.) Jika kami tak dapat lakukannya, kamu tahu bahawa kamu telah datang kepada kumpulan yang ‘tak betul’. (Kami kekal yakin. Jangan risau.) Jadi di mana kamu jumpai itu? Semuanya dari Afrika? Semuanya segar. Baiklah, saya perlu pergi dari sini. Jika saya terlalu banyak batuk, maka esok saya akan hilang suara. Jumpa lagi. Kamu memahami segalanya, kan? (Ya.) Kamu dilahirkan di Afrika dan kamu… Kamu tahu akan segalanya. Jadi saudara-saudara… Jumpa lagi esok. Kamu inap di sini hingga esok atau selepas itu? (Ya.) Baiklah. Kemudian bila kamu akan pulang? (Kami boleh berada di sini bbrp minggu.) Okey. Baiklah. Semoga seronok berada di Belgium. Saudara perempuan itu akan jaga kamu dengan baik sekali. Selamat malam. (Terima kasih.) Selamat malam! (Selamat malam.)

Photo Caption: “Bersyukur kepada TUHAN atas Sebarang Kurniaan yg Begitu Suci!” (Semuanya yang ditunjukkan di sini tiada kesakitan)

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/10)
1
Kata-kata Hikmah
2026-02-09
2361 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-02-10
2112 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-02-11
2135 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-02-12
1893 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
1833 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
1967 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-02-16
1730 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-02-17
1734 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-02-18
1762 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-02-19
1946 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Kata-kata Hikmah - Khutbah Mahaguru Ching Hai (1/100)
1
Kata-kata Hikmah
2026-02-19
1946 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-02-18
1762 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-02-17
1734 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-02-16
1730 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
1967 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
1833 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-02-12
1893 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-02-11
2135 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-02-10
2112 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-02-09
2361 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
2737 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
2559 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
2715 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2025-12-01
2158 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2025-11-29
2566 Tontonan
16
Kata-kata Hikmah
2025-11-28
2883 Tontonan
17
Kata-kata Hikmah
2025-11-27
2714 Tontonan
18
Kata-kata Hikmah
2025-11-26
2696 Tontonan
19
Kata-kata Hikmah
2025-11-25
2697 Tontonan
20
Kata-kata Hikmah
2025-11-24
3180 Tontonan
21
Kata-kata Hikmah
2025-10-06
2333 Tontonan
22
Kata-kata Hikmah
2025-10-04
2412 Tontonan
23
Kata-kata Hikmah
2025-10-03
2347 Tontonan
24
Kata-kata Hikmah
2025-10-02
2775 Tontonan
25
Kata-kata Hikmah
2025-10-01
2682 Tontonan
26
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
2931 Tontonan
27
Kata-kata Hikmah
2025-09-29
2865 Tontonan
28
Kata-kata Hikmah
2025-08-09
2807 Tontonan
29
Kata-kata Hikmah
2025-08-08
2418 Tontonan
30
Kata-kata Hikmah
2025-08-07
2293 Tontonan
31
Kata-kata Hikmah
2025-08-06
2969 Tontonan
32
Kata-kata Hikmah
2025-08-05
2623 Tontonan
33
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
2639 Tontonan
34
Kata-kata Hikmah
2025-08-02
2611 Tontonan
35
Kata-kata Hikmah
2025-08-01
2679 Tontonan
36
Kata-kata Hikmah
2025-07-31
2795 Tontonan
37
Kata-kata Hikmah
2025-07-30
2783 Tontonan
38
Kata-kata Hikmah
2025-07-29
2884 Tontonan
39
Kata-kata Hikmah
2025-07-28
3300 Tontonan
40
Kata-kata Hikmah
2025-06-04
2162 Tontonan
41
Kata-kata Hikmah
2025-06-03
2032 Tontonan
42
Kata-kata Hikmah
2025-06-02
1985 Tontonan
43
Kata-kata Hikmah
2025-05-31
2551 Tontonan
44
Kata-kata Hikmah
2025-05-30
1941 Tontonan
45
Kata-kata Hikmah
2025-05-29
2093 Tontonan
46
Kata-kata Hikmah
2025-05-28
2075 Tontonan
47
Kata-kata Hikmah
2025-05-27
2054 Tontonan
48
Kata-kata Hikmah
2025-05-26
2049 Tontonan
49
Kata-kata Hikmah
2025-05-24
2203 Tontonan
50
Kata-kata Hikmah
2025-05-23
2172 Tontonan
51
Kata-kata Hikmah
2025-05-22
2182 Tontonan
52
Kata-kata Hikmah
2025-05-21
2374 Tontonan
53
Kata-kata Hikmah
2025-05-20
2185 Tontonan
54
Kata-kata Hikmah
2025-05-19
2281 Tontonan
55
Kata-kata Hikmah
2025-05-17
2281 Tontonan
56
Kata-kata Hikmah
2025-05-16
2207 Tontonan
57
Kata-kata Hikmah
2025-05-15
2035 Tontonan
58
Kata-kata Hikmah
2025-05-14
2342 Tontonan
59
Kata-kata Hikmah
2025-05-13
2288 Tontonan
60
Kata-kata Hikmah
2025-05-12
2752 Tontonan
61
Kata-kata Hikmah
2025-03-10
3020 Tontonan
62
Kata-kata Hikmah
2025-03-08
2955 Tontonan
63
Kata-kata Hikmah
2025-03-07
2954 Tontonan
64
Kata-kata Hikmah
2025-03-06
2934 Tontonan
65
Kata-kata Hikmah
2025-03-05
2933 Tontonan
66
Kata-kata Hikmah
2025-03-04
2984 Tontonan
67
Kata-kata Hikmah
2025-03-03
3442 Tontonan
68
Kata-kata Hikmah
2024-12-14
3519 Tontonan
69
Kata-kata Hikmah
2024-12-13
2921 Tontonan
70
Kata-kata Hikmah
2024-12-12
2860 Tontonan
71
Kata-kata Hikmah
2024-12-11
2930 Tontonan
72
Kata-kata Hikmah
2024-12-10
3155 Tontonan
73
Kata-kata Hikmah
2024-12-09
2989 Tontonan
74
Kata-kata Hikmah
2024-12-07
3063 Tontonan
75
Kata-kata Hikmah
2024-12-06
2943 Tontonan
76
Kata-kata Hikmah
2024-12-05
4315 Tontonan
77
Kata-kata Hikmah
2024-12-04
3230 Tontonan
78
Kata-kata Hikmah
2024-12-03
3211 Tontonan
79
Kata-kata Hikmah
2024-12-02
3674 Tontonan
80
Kata-kata Hikmah
2024-09-28
3353 Tontonan
81
Kata-kata Hikmah
2024-09-27
3483 Tontonan
82
Kata-kata Hikmah
2024-09-26
3323 Tontonan
83
Kata-kata Hikmah
2024-09-25
3347 Tontonan
84
Kata-kata Hikmah
2024-09-24
3661 Tontonan
85
Kata-kata Hikmah
2024-09-23
3684 Tontonan
86
Kata-kata Hikmah
2024-09-21
4532 Tontonan
87
Kata-kata Hikmah
2024-09-20
3385 Tontonan
88
Kata-kata Hikmah
2024-09-19
3094 Tontonan
89
Kata-kata Hikmah
2024-09-18
3463 Tontonan
90
Kata-kata Hikmah
2024-09-17
3536 Tontonan
91
Kata-kata Hikmah
2024-09-16
4662 Tontonan
92
Kata-kata Hikmah
2024-07-16
5529 Tontonan
93
Kata-kata Hikmah
2024-07-15
5088 Tontonan
94
Kata-kata Hikmah
2024-07-13
5765 Tontonan
95
Kata-kata Hikmah
2024-07-12
5650 Tontonan
96
Kata-kata Hikmah
2024-07-11
5730 Tontonan
97
Kata-kata Hikmah
2024-07-10
5941 Tontonan
98
Kata-kata Hikmah
2024-07-09
10604 Tontonan
99
Kata-kata Hikmah
2024-07-08
8509 Tontonan
100
Kata-kata Hikmah
2024-05-02
3482 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2026-03-14
169 Tontonan
Filem Pendek
2026-03-14
164 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-14
576 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-13
142 Tontonan
Dunia di Sekeliling Kita
2026-03-13
142 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-13
890 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun