Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang mari kita kembali ke pergunungan Himalaya dan lihat apa yang dibuat oleh Shiva. Kita tidak main besbol di sini. Baiklah, nombor dua puluh tiga: “Rasai bahagian badanmu...” bermakna bentukmu, diri fizikalmu, “...seperti tulang, daging, darah, semuanya tepu dengan inti pati kosmos.” Ini satu lagi cara untuk berfikir bahawa semua saraf dan deria kamu dibuat dengan Cahaya (Syurga dalaman). Ini sangat mirip tetapi mungkin Dia perlu membuat puisi yang indah daripada ini, jadi satu demi satu ayat, Dia membawa audiens atau Devi ke dalam pemahaman tentang amalan spiritual. Namun begitu, jika Dia ulangi sesuatu berkali-kali, itu tidak mendatangkan mudarat kerana kita perlu ulanginya. Karma kita, tabiat buruk kita telah berulang selama banyak ribu tahun, jadi jika Guru mengulang beberapa kali saja satu perkara baik, itu tidak banyak. Kadangkala tak cukup pun untuk bersihkan semua sisa sampah kita.Baiklah, nombor dua puluh empat: “Katakan… – kamu boleh bayangkan – bentukmu menjadi bilik kosong yang ada dinding kulit sahaja.” Di dalamnya adalah...? Tekalah. Apa? Tidak! Kosong!Nombor dua puluh lima: Sekarang Dia teringat akan-Nya (Parvati/Devi), jadi Dia ingatkan diri-Nya bahawa Parvati adalah agung. Jadi Dia kata “Yang Diberkati” – Devi ialah Orang yang diberkati. Ini suatu bentuk penuh hormat utk gelar seseorang yang begitu banyak diberkati, begitu bermakrifat, begitu dikasihi oleh Tuhan. Itu bermakna ‘orang yang bermakrifat’. “Orang yang diberkati, apabila deria terserap dalam hati, sampai ke tengah-tengah teratai.” Sekarang saya tidak memahami ini. Kamu faham tak? Tidak. Baiklah, maka biar kita lupakannya. Mengapa kita harus pedulikan sesuatu yang kita tak suka? Saya rasa kamu faham. Apa yang dimaksudkan-Nya adalah dengan melupakan diri secara fizikal, itu seperti semua deriamu terserap dalam tumpuan. “Dalam hati” bermakna dalam tumpuan. Kemudian “masuk ke tengah-tengah teratai” bermakna masuk ke pusat kebijaksanaan. “Teratai” bermakna kesucian. Kesucian diri kita ialah Pusat Kebijaksanaan, Diri Sebenar, Sifat Buddha atau Kerajaan Tuhan. Sebab itulah saya beritahu kamu bahawa semua nama ini ialah benda yang sama untuk satu kemegahan yang unik. “Sampai ke tengah-tengah teratai” bermakna capai samadhi, peringkat Buddha, Sifat Buddha.Sekarang nombor dua puluh enam: “Dengan minda yang tidak berfikir...” bermakna kamu tidak secara khusus bertumpu pada apa-apa, hanya duduk di sana, “...dan kekal berada di tengah-tengah…” bermakna kekal bertumpu, “...sehingga akhirnya ia berlaku.” Apa berlaku? Kamu mengecat seluruh badanmu dan menjadi berwarna-warni? Apa yang berlaku adalah, pada masa itu, kamu menjadi hilang. Kamu menjadi hilang dalam samadhi. Kamu hilang dalam inti pati Alam Semesta. Kamu jadi tenang dan meluas ke seluruh ruang. Semua ini hanyalah gambaran tentang keadaan samadhi, keadaan mendapati Dirimu bersatu dengan Tuhan. Sangat senang, senang untuk dikatakan, maksud saya. Saya takkan kata dilakukan dgn senang.Nombor dua puluh tujuh: “Semasa kamu berada dalam aktiviti duniawi, beri perhatian penuh di antara dua nafas, jadi amalkan itu hingga selepas beberapa hari, kamu akan dilahirkan semula.” Ini hanya salah satu daripada cara itu untuk capai samadhi. Contohnya sesetengah orang bekerja keras sekali atau mungkin sedang berjoging atau melakukan latihan sukan, kemudian dah tentu mereka bernafas dengan kuat. Sekarang, mungkin mereka malah lupa akan Lima Nama Suci, Suma Ching Hai Tzu atau Quan Yin (meditasi Bunyi Syurga dalaman). Dah tentu, kamu tak dapat lakukan Quan Yin (meditasi Bunyi Syurga dalaman) ketika sedang berlari. Jadi satu-satunya perkara yg dicadangkan oleh Guru kepada mereka untuk dibuat dalam keadaan itu hanyalah bertumpu di antara dua nafas, masuk dan keluar. Ini serupa dengan apa yang dikatakannya sebelumnya, terlalu banyak tapi tak apa. Jika kita ulang sekali lagi, tak mengapa bagi saya. Jadi jika kamu berlatih selama beberapa hari macam itu, kamu menjadi segar disebabkan oleh tumpuan. Kerana kamu akan rasa jauh lebih selesa dalam keadaan minda yang sangat jelas tanpa memikirkan sebarang perkara yang mengelirukan dan menyusahkan. Maka dah tentu, kamu akan menjadi seperti bayi baru lahir – suci, bersih, segar dan kuat.Sekarang nombor dua puluh lapan: Satu lagi kaedah adalah kamu boleh cuba “berfokus pada api yang menaik melalui bentukmu sendiri dari jari kaki sehingga badan terbakar sampai jadi abu,” tetapi bukan kamu. Maksud-Nya, hanya bayangkan saja. Tolong jangan bakar bentukmu kerana itu satu-satunya benda yang kamu ada sekarang. Hingga kamu mendapat samadhi, tolong jangan bakar rumah ibadat badanmu. Apa yang dimaksudkan-Nya adalah cuba hapuskan segala jenis keterikatan diri ego ini. Sekarang, “Saya Presiden Amerika Syarikat,” “Saya ahli Kongres Amerika,” “Saya Pengerusi China,” dan sebagainya. Jadi jawatan yang begitu besar – bakar segalanya menjadi abu dan kekal benar, kekalkan satu-satunya Diri, Sifat Buddha yg tak pernah mati, tak pernah dilahirkan dan sentiasa wujud. Itu apa yang dimaksudkan-Nya. Jangan bakar dirimu dan berkata bahawa Guru Ching Hai berkata begitu. Saya perlu nyatakan dgn jelas. Jika tidak,kamu masukkan semua benda ke dalam mulut saya.Jadi nombor dua puluh sembilan: “Kamu juga boleh mentafakurkan dunia bayangan terbakar menjadi abu…” Sekarang Dia bakar seluruh dunia. “…dan menjadi berada di atas manusia.” Betul, dah tentu, sebab itulah orang memanggil-Nya Dewa Pemusnahan. Dia musnahkan badan manusia, malah teruskan untuk bakar seluruh dunia. Ya Tuhan. Jika polis tahu akan Dia pada masa itu, tahulah. Sekarang, hanya bayangkan. Itu saja. Kamu cuba cipta sebuah dunia, kemudian bakar seluruhnya, hanya untuk biar fikiranmu menjadi biasa dengan sifat fana kewujudan fizikal. Mungkin itu tujuan kaedah meditasi ini supaya kamu tak dapat berpaut pada apa-apa pun dan tak dapat menyembunyikan diri di mana-mana pelosok dunia kerana seluruh dunia telah hilang. Pada masa itu, apa yang kamu nak buat? Kecuali menaik ke atas kewujudan fizikal dan menjadi di atas manusia, supramakhluk. Itu salah satu cara untuk ingatkan kita tentang ketakwujudan dunia ini supaya kita lepaskan segalanya dengan senang – dengan lebih senang – menjadi ghairah untuk beramal dan menolak fikiran kita ke depan ke dalam kebebasan spiritual,sama seperti salah satu kaedah yang disyorkan oleh Buddha kepada anak murid-Nya, iaitu beri perhatian kepada aspek kotor badan seperti rembesan badan, kumuhan badan, seumpamanya, dan bayangkan bahawa badan dibuat daripada tulang putih, penuh dengan segala benda yang menjijikkan dan kotor di dalam karung kulit yang kotor. Jika anak murid bermeditJasi dengan kaedah sebegini, dia akan segera berasa jijik dengan sebarang bentuk fizikal yang lalu di depannya, jadi hilang nafsu terhadap wanita atau lelaki, kemasyhuran, kedudukan dan sebagainya. Dia akan dapat menenangkan fikiran penuh nafsu yang bergolak, kemudian dapat lebih banyak bertumpu pada amalan spiritual. Dalam aspek ini, saya rasa kaedah meditasi nombor dua puluh sembilan sangat mirip dengan kaedah badan kotor yang disyorkan oleh Buddha kepada sesetengah pengikut. Tetapi dalam keadaan itu, kamu juga harus ambil perhatian bahawa kaedah ini hanya untuk pemula, untuk mereka yang masih begitu terikat kepada harta benda dunia ini, begitu terikat kepada kecantikan luaran wanita dan lelaki. Dalam keadaan itu, dia harus bertafakur dengan jenis kaedah ini untuk seketika atau sekurang-kurangnya ketika ada fikiran ingin memiliki dan dan penuh nafsu terhadap bentuk dan harta benda fizikal duniawi sehingga fikirannya menjadi biasa dengan bertumpu pada kesucian dalam hati dan bukan berkeliaran mengejar bentuk fana kewujudan fizikal ini.Jadi dalam keadaan itu, ini bukanlah kaedah utama yang harus kita amalkan setiap hari tetapi hanya tempoh masa yang berlalu sehingga fikiran kita disucikan, kemudian kita bertumpu pada kaedah utama, iaitu Kaedah Quan Yin (Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman). Sekarang jika kamu masih ingat dalam Kitab Surangama, Buddha juga minta semua Bodhisattva supaya mengesyorkan kaedah-kaedah Mereka yang berlainan agar anak murid dapat memilih apa yang terbaik untuk mereka. Kemudian mereka semua bercakap tentang lebih kurang 25 kaedah tetapi semua orang mengesyorkan Quan Yin (meditasi Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman) sebagai yang terbaik kerana ia paling banyak menyucikan, paling kuat dan paling asli. Tetapi kalau-kalau kamu sangat banyak terganggu oleh deria duniawi yang terperangkap di dalam badan kita dan sangat sukar bagi kita melepaskan diri, maka kamu harus pertimbangkan untuk bertafakur pada bentuk kotor badan atau kaedah seluruh dunia terbakar menjadi abu dan sebagainya untuk menenangkan fikiran sehingga fikiranmu menjadi tenang, maka kamu dapat bertumpu dengan lebih baik pada Kaedah utama, iaitu Kaedah Quan Yin (meditasi Bunyi Syurga dalaman).Tetapi kamu juga harus ingat bahawa pada zaman dahulu, orang ada lebih banyak masa daripada sekarang. Saya tertanya-tanya mengapa. Pada zaman dahulu, orang ada kemudahan yang kurang dan perlu buat segalanya secara manual. Tetapi mengapa mereka ada lebih banyak masa? Kamu tanyalah ibu, abang, bapa, nenek dan datuk kamu. Mereka ada lebih banyak masa daripada kita sekarang. Mereka dapat duduk bersama jiran dan minum teh sepanjang petang, hidupkan api dan bersembang, tetapi sekarang, hari ini, kita tiada. Kita ada kereta laju, ada televisyen, ada pesawat yang lebih laju daripada sebelumnya tetapi lagi banyak benda yang kita ada lagi kurang masa yang kita ada. Mungkin oleh sebab kita ada segala kemudahan ini, jadi kita mengejarnya. Kita mesti bekerja lebih keras supaya kita boleh mendapat objek yang bergerak pantas ini. Pada zaman dahulu, mereka tiadanya, jadi tak perlu bekerja begitu keras. Mereka ada makanan yang sekadar cukup untuk dimakan, dua, tiga hidangan sehari dan hanya beberapa helai pakaian. Mereka tidak pergi ke mana-mana, jadi tak perlu menunjuk-nunjuk lurah dada atau pinggang mereka, 125 seperti saya punya, contohnya. Jadi tak perlukan pakaian yang mahal, minyak wangi yang sangat mewah atau dandanan rambut yang sangat rumit, dan tidak perlukan kereta juga kerana mereka tak perlu pergi ke mana-mana. Mungkin mereka ada kehendak yg kurang kerana mereka tak tahu apa yang kota seterusnya ada untuk ditawarkan. Mereka tak peduli. Apa yang mereka tak tahu, mereka tak peduli, tidak inginkan. Bukankah begitu? (Ya.)Photo Caption: “KASIH SAYANG Tuhan Tiada Batasnya, Minda Manusia Mengehadkan Persepsi!”











